BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

klik klik :)


ShoutMix chat widget

Followers

tinggal jejak anda :)

Wednesday, February 16, 2011

tips melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita *__^



Assalamualaikum :)

Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tadak papa, 2 agak mencabar.

aku tak suka kata susah, sb da ayt lg bes ‘mencabar‘ sebab perkatan tu lebih positif. sebut perkataan ‘susah‘ buat kita terdorong untuk berfikiran negatif coz bunyi ayat tu agak negatif.

Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika korang nak berjaya, nak jadi orang hebat dalam bidang korang sekarang ni dan korang betul-betul nak berubah, korang kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.

Cemana nak melupakan?
Ikuti 3 langkah di bawah:


Langkah 1:

Tutup cerita lama, buka cerita baru.
Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalaw diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.



Langkah 2: 

Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tak gembira bila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tada guna kalaw kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.



Langkah 3:

Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, korang kena kawal emosi.
Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.





selamat mencuba :-)



wassallam...



SILA LIKE OKE :P
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment