BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

klik klik :)


ShoutMix chat widget

Followers

tinggal jejak anda :)

Thursday, November 10, 2011

kisah sepasang suami isteri

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka. Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi. Si suami : Untuk apa semua itu Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang y...ang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya Si suami : Emmm…Baiklah Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja. Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut.. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka.. Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti. Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. .. Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya. Si isteri : Sekarang giliran abang pula.. Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya, Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG……. Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan....huk huk huk
SILA LIKE OKE :P
www.tips-fb.com

Wednesday, November 9, 2011

awkk..maafkan saya ......

awak. maafkan saya sebab kadang-2 saya manja sangat dengan awak. maaf bila kadang-2 perangai saya kebudak-2kan. 


... ... ... awak. maafkan saya sebab kadang-2 saya selalu cemburu bila awak rapat dengan seseorang. 

awak. maafkan saya sebab saya selalu ganggu tido awak, entah kenapa saya rindu kan awak sangat2. 

awak. maafkan saya sebab saya sentiasa mahukan awak disisi saya setiap masa. 

awak. maafkan saya sebab saya tak kuat bila awak tinggalkan saya walaupun sekejap apa ntah lagi nanti bila awak mungkin tinggalkan saya suatu hari nanti kan? 

maaf kerana saya mungkin selalu meragui cinta awak pada saya. 
maaf kerana saya perlukan awak selamanya.... 

terlalu banyak kata maaf untuk diungkapkan tapi awak langsung tak pernah merungut dengan kerenah saya. terima kasih awak. terima kasih kerana sudi sayang dan cintakan orang macam saya. ♥ 

p/s: xda kaitan dgn saya.im still single.hihi

SILA LIKE OKE :P
www.tips-fb.com

Tuesday, May 10, 2011

YANG LEBIH KAU CINTA

    
Ku cuba untuk jadi yg terbaik namun ada dia yg lebih kau cinta.Namun ku akan trus berusaha untuk memenangi walaupon ku tahu kcwa jua akhirnya.

mengapa tak dapat aku memadamkan kenangan mnis brsamamu.bhgia yg aku hrap harapkan tak ingin aku rsa di perbndingkan sehingga dri ini di perbndingkan untuk slamanya.

Mgapa semua ini trjadi kpdaku Tuhan maafkan dri ini yang xprnh bisa mnjauh dr angan tntang nya nmun apa lah dya ini bila trnyta ssungguhnya aku trlalu cinta dia.
Doaku agar kau kan selalu bahagia agar kau temui insan tulus menyayangimu lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa.
Tidak kesampaian cinta kita ku bawa harapan ku pendam rahsia ku di kejauhan mendoakan agar kau bahagia tiada lagi duka..



SILA LIKE OKE :P
www.tips-fb.com

Tuesday, March 8, 2011

Amin..


Bismillah (al rahman al rahim)

Ya allah, tuhan yang lebih mengetahui sesuatu,Kau restuilah hubungan kami berdua, dekatkanlah jodoh kami,Jangan kau pisahkan kami, bukakan lah pintu hati kami untuk kami saling menyayangi dan lebih memahami, kau limpahilah nur hidayah mu kepada kami ya allah.Sesungguh nya dia amat bermakna sekali dalam hidupku, sesungguh nya dia lah terletaknya segala impian dalam hidupku, sesungguhnya tiada yang lain ku sayang dan cinta selain dia. Engkau bukakan lah pintu hatinya untuk memahami akan segala isi hati ku terhadapnya. Engkau lembutkan lah hati kerasnya. Engkau buka kan lah pintu hatinya untuk menyayangiku, mengasihiku dan menyintaiku seperti mana aku sayang, kasih dan cinta padanya. Engkau berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi apa jua rintangan dan ujian dari mu. Sesungguhnya aku redha dan menerima kehadirannya dalam hidup aku seadanya dan aku juga lebih bersyukur kepada setiap nikmat yang telah kau kurnia kan kepada ku. Kau rahmatilah perasaan kasih sayang kami berdua. Berikan lah ruang kepada kami untuk bersama.Berikanlah ruang kepada keluarga kami berdua untuk menjalinkan hubungan persaudaraan bersama. Engkau kurniakan lah kami semua penolongmu agar membimbing kami untuk terus berada di jalan mu yang benar.Sesungguhnya walaupun apa jua kelakuannya pada ku, dia tetap segala galanya bagi aku dan dirinya amat bermakna dalam hidupku. Amin ya rabbal alamin.

 

SILA LIKE OKE :P
www.tips-fb.com

Sunday, March 6, 2011

Bentuk Gigi Mengungkap Peribadi


Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelok kan penampilan seseorang.
Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba- tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni yek!
Jarang dan kecil.
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya, Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah, Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata .
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang .
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Leb ih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mer eka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil.
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar .
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selainitu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun .
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam.
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandaimenyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun.
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikat akan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

comel kn =,= 
hihiiks


SILA LIKE OKE :P
www.tips-fb.com