“Wuuu…lelaki nangis wuuu… Tak malu wuuu…”
Kenapa? Korang ingat, lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan je yang boleh menangis. Lelaki pun boleh menangis gak taw.
Tetapi korang mesti tertanya-tanya, kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis. Kalau korang tengok lelaki je, mesti korang kata, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…”
Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis, tetapi dorang pandai menghargai sebenarnya. Kan kalau kita menangis, kite keluarkan air mata. Yang lelaki ni bagus, dorang nak simpan air mata dorang tu. Nak bersihkan mata katanya. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Selain tu, lelaki ni suka perempuan puji dorang. Kalau lelaki tak menangis je, perempuan akan cakap ayat ni lagi, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…” Bukan lelaki nak berbangga-bangga, ataupun riak. Dah perempuan nak puji. Dah perempuan nampak ke-macho-an lelaki. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza. Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih, mesti menangis. Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih, dorang akan rilek je. Cool. Takde nangis-nangis ni. Buat penat je. Dah la dorang penat balik dari kerja. Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak. Tambah lagi penat ada la. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Lagi satu, lelaki kan dikenali dengan kekuatannya. Kalau menangis, habis la dorang punya kekuatan, ke-tough-an tu semua hilang. Sebagai contoh, kalau lelaki tengah bertukang dan nangis-nangis nak buat kerja. Rasa-rasanya, siap tak kerja yang nak dibuat tu? Mesti lambat nak siap kan? Lelaki tak suka lambat-lambat ni. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Dan akhir sekali, lelaki kan kacak kalau tak menangis. Takde nak serebeh-serebeh muka tu. Tu pasal la lelaki tak menangis… 

Ada tambahan atau sokongan? Angkat tangan… 

SILA LIKE OKE :P
kalau lelaki menangis hilang kekuatan eh?
ReplyDeletehaha soklan 2 mena kna tnya kaum laki la kot.. hehehe :))
ReplyDeletefolloe
ReplyDeleteerm..erm..ye aku ngaku dulu mase kecik aku nangis tak dapat coki-coki
ReplyDeleteapish: oke thanx folo u bck
ReplyDeleteijat360:haha see ngku pon..hehe
bagi aku, lelaki yg menangis tu bagus; sebab diorang berani menunjukkan diri sebenar. setakat berlagak cool je wtpe. x matang langsung.
ReplyDeleteamir :haha btl2.sokong amir
ReplyDelete