BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

klik klik :)


ShoutMix chat widget

Followers

tinggal jejak anda :)

Tuesday, February 8, 2011

Jangan Kau Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu....



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dgn harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Ahhhh…sungguh semua itu telah mendatangkan ketidakpuasan yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sangat beruntung andai dalam saat2 tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis2 ilmu, majlis2 zikir yang akan membawa kepada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita inginkan dapat tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak semestinya harus berjaya, harus bahagia atau harus2 yang lain.

Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa  itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang2nya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak keupayaannya apa yang memang bukan hak kita.

" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab(pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. "
QS Al-Hadiid : 22 - 23


Kadang kita tidak sedar kita mengarah Allah tentang jodoh kita, bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mengarah Allah,  harus dia Ya Allah… harus dia, kerana aku sangat mencintainya. Seakan kita jadi yang penentu segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tidak semestinya itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tetapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang tercemar.


 wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :
"...... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "
QS. Al-Baqarah 216

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


Yesterday is history,

Tommorow's a mystery,

Today's a gift,

That's why we call it the Present.

"Each day I wake in gratitude.
Thanking Allah,
He let me rise
And To Him I only
Seek His assistance."


SILA LIKE OKE :P
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment